leaderboard ads

Monday, March 19, 2007

Hakikat sebuah pernikahan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat…dan manakah
pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan petunjuk ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah.. ..

What makes me climb the mount yong yap perak darul rezuan


i aku amik dari arc gak..sbb aku nyer catatan mase g yong yap dulu takder..terhilang..heheh..mase aku g dulu director dier saper tah tak ingat dah,mse tu aku 1st timer naik yg 7000 feet a.s. lvl..pergh…yg aku ingt pegi samer abg anepp,a.titah n da gang,aku,aisha,pisol(partner terbaik nk naik gunung,tq pisol,tolong cabut pacat yg tersangat la banyaknyer ..kire2 tahap dewa la katakan!!!),kak Gee(full of spirit), k.LIBARRrrr..dengan penoh psyco aku climbed yong yap,dahla kna tinggal sorang..2..trekker n k.libar selalu di depan..tapi..at last..aku n pisol gak lar yg smpai awal(maklumlar..mase tu power lagi nk lar mse naik n turun gunung…beshnyer…
kalo aku dpt naik lagi..tapi skrg ssh nk dpt cuti lamer..aku mintak2 la dpt cuti lamer skit…kalo leh nk g naik TRANS..tapi kna tgk kesihatan aku ni,mengizinkan ker tak..adeh..sshnyer…dah terikat ngn kijer,bkn cam kat uni dulu..ader cuti2 msia lagi..hahahha..ni pon kat opis lar.baru sampai,arini sklai lagi aku tgk polis petro tuuu..adeh..menyirap jerrr..agak dorg nk aku display pass baru nk reti tabik kat aku kot..bkn soh tabik pon actaully,jst jgn la kerek sangat ngn aku kan??heiii….nasib baik aku tak pms,kalo tak..hamburkan ajherrr….
k lar..aku jap g ader mornng meeting..as usual larkan!!!..cheh…mcm kat plan lak..tapi mmg tradition lar..mase practical dulu pon,aku attended morning meeting gak,kat office pon samer rupernyer..so..tidak berbeda di sini..
back to yongyap..hmm..k lar..korg bacerla catatan yg abg2 arc ni tulis,,aku nye rpon lbh krg camtu lar..dulu..tarikh nyer bln 10 kot.cuti sem thn 2004 kalo tak silap,bayar 100 sorg kalo tak silap aku,aku pjm beg sape tah,tak ingat,60 litre,kaler merah,n aku bwk beg berat giler..hammpeh..nasib baik ader abg2 yg gagah perkasa,tulun bwk brg,tapi skit jer la kan,agak lar,,dah tau g gunung takkn nk org bwk brg kot!!TAKDER MAKNENYERRR….kalo nk mendaki pastu soh org bwk..appa barrang..hmm..a.agus ,abang, a.mamat,a.titah,shidah(junior aku,tapi ingatkan senoir lak mase tu),sbb aku ni kire baru lar..hahah… n sumer lar yg byk bagi semangat,thanx a lot..misss u all..mmuuaahhha…
bezanyer aku naik kot sg siput,smpi kat kg husein,trekker tak ingat dah namer der,baik giler..ader adegan sakit perut,sbb mkn bubur chacha shidah..libar wat sejarah la plak…,rasenyer..dorg naik kot brinchang
ikutilah siri catatan abg2 arc..yg agak2 samer cam perjlnnn aku dulu..yer ker tak aku ni ek??paperpon kiter zazzzzzzzsss dulu!!!!!!!jalaaannn…
8.30 pagi renyai-renyai.
Kami bawa beban tak kurang 10kg setiap orang (barang peribadi,ration makanan, Bunsen Burner, etc) lalu jalan balak. Dapat tengok perkampungan orang asli. Electrik diorang generate pakai solar.Jangan marah. Naik turun bukit, dah rasa kat lutut ni. 1 jam lebih.Halangan pertama di hujung jalan balak ialah titi buluh 4 batangyang diikat bersama. Air deras kat bawah. Titi memang tak stabil punya lah. Lutut kitorang menggigil selaras dengan titi buluh tersebut menari ke kiri dan ke kanan. Bermulalah perjalanan di denai-denai hutan yang dipandukan oleh Pak Andak. (Hujan renyai dah berenti sebelum kitorang mengakhiri jalan
balak tadi). Jalan jalan jalan jalan banyak jumpa orkid hutan. Perjalanan di fasa ini bolehlah ditakrifkan sebagai banyak yang rata dan sesekali mendaki sedikit. Tengahari berenti. Makan nasi lemak selaku makanan tengahari. Wahh! Lega betul tanggalkan beg sekejap daripada bahu.yang dah sedia sengal itu. Makan loh kum sekali. Amik kesempatan semayang jamak dan qasar Zohor dan asar kat sini. Sambung perjalanan. Banyak kali seberang sungai melepasi paras lutut dan juga anak sungai. Takde titi ye…Padan muka! Redah je lah. Banyak juga melintas area lalang. Maka gatallah tangan berotot pejal
ini. Padan muka sekali lagi…sapa suruh ikut?? Markonah pun tak
boleh jawab.

Sebelum jam 6 petang kami sampai kat camp site. Azan. Tegakkan

khemah. Seronok betul bila tanggalkan kasut yang lembap itu.
Dapatlah kaki bernafas… hins…hins … hins… Tapi ada serangan
agas lah pulak! Tu lah, sapa suruh ikut? Perhatian ye, agas kat sini
educated sikit…setakat insect repellant murah tu…. beliau dan
kaum beliau dah kebal ye. Take turn mandi selepas the other gender
mandi.

Makan malam.

Dapur dipelopori oleh Kicok, Daud, Shoe dan Far. Siap ada bubur
kacang hijau gitu. Tapi takde taruk gula merah….tah sapa tah
sembunyi dalam beg. Memang nak kena ni….. Ada nasik lauk sayur
campur dan lauk ikan sepat masak apa tah. Malam tu semua jadi anak
soleh, sebelum jam 10 semua dah tidur. Pompuan tido dalam dome.
Takde orang sentri. Sejuk?? Jangan cakap le.

6.00 pagi 19 feb 07.

Aku bangun. Semayang subuh. Kicok amik peranan buat breakfast.
Bangunlah muzammil muzammil sekalian satu demi satu terpisat-pisat.
Breakfast. Packing. Unbiogradable punya sampah gantung dalam plastik
sampah sebab nanti balik lalu tempat sama.

8.30 pagi.

Berjalan sejam lebih. Singgah kat check point terakhir untuk amik
air. Sebab lepas ni sumber air terdekat dengan puncak ada la dua jam
ke 3 jam lebih. Aku tak amik sebab beg penuh. Setiap lelaki amik 5
liter sorang. Sian diorang.

Kadang-kadang perjalanan jadi slow sebab Pak Andak terpaksa cantas /

potong dahan / ranting yang menghalang perjalanan. Perjalanan jadi
lebih slow sebab memang dah takde kesian sebab memang naik dan terus
naik. Takde menurun dah (sebab menurun tu kan syirik). Singgah 1
checkpoint untuk amik oksigen dan singgah lagi satu checkpoint untuk
lunch. Nasi, sardin dan kubis fresh. Nikmat….walaupun diserang
AGAS. Tapi dah kurang la agas sebab dah jauh daripada sumber
air.

Sambung perjalanan.

Jalan sikit dah start jumpa hutan berlumut. Lembap lembap. Ada orang
kata hutan bonzai. Sejuk. Basah. Penat. Cramp. Sakit. Gatal. Sengal.
Rasa nak cramp dan macam-macam. Mendaki dah lebih daripada guna
kaki. Guna lutut, tangan, lengan dan siku. Memanjat akar pokok,
crawling dalam lubang yang sempit muat badan dan beg sahaja. Denai-
denai agak licin. Kecuraman pendakian 60-80 darjah lah kot.

3.45 petang.

Pak Andak dah sampai dulu. Shoe diikuti aku. Tiada ucapan yang lebih
baik selain daripada lafaz hamdalah kepada Yang Maha Esa sebaik
sahaja tiba di puncak pada ketinggian 7000 kaki atau 2168 meter dari
aras laut itu. Cuci apa yang patut. Ambil wuduk. Azan. Semayang. 15
â€" 20 minit selepas itu, seorang demi seorang sampai. Heppi sangat-
sangat. Semua selamat sampai sebelum jam 6.00 petang.
Apa lagi, bendera Wilayah Persekutuan yang pernah mengikut aku ke
Beijing itu pun menjadi sasaran untuk bergambar di puncak Yong Yap.

Pasang khemah. Masak. Ada yang pi semayang. Kitorang masak kuih

Melaka pakai tepung gandum dan gula Melaka yang tak digunakan
semalam itu. Buat kopi pun pakai gula Melaka. Hu hu hu hu…jadi
minum petang lah pulak. Sementara itu, Bulat cuba merapati group
lagi satu, Group Trans Titiwangsa untuk menggunakan pendekatan
diplomatiknya bagi menebus �kesalahan� beliau tertinggal minyak
masak. Tak berjaya. Hu hu hu hu…..

Kat puncak ada line celcom ye. Talian maxis ku berjaya menghantar

dan menerima beberapa sms ye. Takde orang buat percubaan dengan
lembaga kuning ye….

Kicok, Far dan Shoe mengambil alih dapur untuk masak makan malam.

Semayang maghrib plus Isyak. Makan nasi plus sayur tomyam dan ikan
masin bakar serta air teh.

Nyam nyam nyam….takde sapa komplen tak sedap ke apa ke…..nak
kena baling??

Masing-masing bukak cerita. Ada ke masa giliran aku bercerita jari

telunjuk kanan boleh cramp. Berdekah-dekah diketawakan se khemah.
Hantu sungguh! Agak sejuk. Kurang berangin sebab banyak pepohon
Nephenthes spp melindungi sekeliling camp site. Ada renyai sikit
saje. Sebelum jam 1030 malam semua dah z z z z z z z z z z z.

6.00 pagi 20 Feb 07.

Aku bangun kicok bangun. Wuduk dengan segelas air sahaja. Semayang.
Macam biasa. 1 demi satu para muzammil itu meninggalkan sleeping beg
masing-masing. Breakfast bihun sup. Takde minyak lah katakan. Ahli
dapur dah siap bungkuskan nasi goreng untuk lunch.

8.30 am.

Sebelum turun, kasut Nike Fung Keong itu telah dimodifykan agar
mampu menampung keadaaan muka bumi yang pelbagai di bawah sana.
Bermulalah perjalanan menuruni gunung. Belum sampai sejam lagi dah
terasa kesengalan kat lutut. Ikut ajelah. Pak Andak, I am right
behind you.

Sakit. Letih. Sengal. Penat. Sakit. Letih. Sengal. Penat. Sakit.
Letih. Sengal. Penat.

Nak diikutkan, 10 jari kaki ku lebih perit berbanding bahu yang

memikul beban beg. Aku decide untuk kunyah sedikit tongkat ali yang
dicari oleh Pak Andak untuk �alihkan� sedikit sakit yang
dialami. Boleh sikit aje. Rasa nak muntah akibat ke�pure�ran
akar itu.

Selepas 8 jam berjalan dan beberapa kali singgah di pit stop untuk

oksigen dan makan lunch, rentas 23 kali sungai dan 15 kali anak
sungai…..akhirnya kami tiba di titi buluh 4 batang itu. Lepas
crossing diorang mandi sungai.

Lalu jalan balak sekali lagi. Dalam hati merintih…. .Sampai bila
la kehijauan ni akan kekal begini?

Sebelum jam 6 petang, sampai di Pos Brooke. Pak Andak n Mawi dah

sampai. Tanpa arahan bertulis mahu pun lisan, aku terus gi mandi kat
bilik air stor di situ. Nikmatnyaâ

Syukur…..semua sampai.
Terima kasih Kicok selaku chef & logistik manager (jangan tinggal

ayam lagi).
Terima kasih Bulat selaku project manager (lain kali bawa minyak
tau).
Terima kasih Shoe n Far selaku ahli dapur (inspirasi kuih Melaka).
Terima kasih Daud sebab pinjamkan ponco untuk semayang.
Terima kasih Chah selaku pembekal asam kulit limau itu.
Terima kasih Nan sebab tolong itu dan ini.
Terima kasih Mawi di atas semangat mu itu.
Terima kasih Ep sebab bawak kereta KL-CH-KL.
Terima kasih Pak Andak selaku trekker yang baik hati.

Jam 10.30 malam, kami sampai di KL.
moralnyer..aku nyer cerita yg sebenar tgh buat skrg,nti kalo dah siap aku publish lar..k..adios..nk g meeting..hehe..